Saturday, December 31, 2011

Family Getaway

Aku sedang plan satu family getaway yang ala kadar gitu. Benda ni lambat lagi. Tapi kena standby siap-siap. Takut hangpa lupa nak menabung dan book cuti. 

Sebagaimana yang kita tau, 16 September akan disambut mesra oleh rakyat Malaysia di segenap pelusuk negara. Oleh itu, pada tarikh berkenaan ditahun ini (ya kawan-kawan, ini sudah Januari), suka kiranya kita mengadakan satu family getaway di lokasi-lokasi cadangan seperti berikut:

1) Balok, Kuantan
2) Port Dickson, N9
3) Bukit Tinggi, Bentong

Plan aku mudah saja. Kita akan check in pada hari Sabtu tengahari atau petang selewat-lewatnya. Petang itu semua family and friends akan lepak main bowling (kalau di Balok dan Bukit Tinggi) atau bermain ATV atau buggy car (Port Dickson). Selesai solat maghrib, kita akan berangkat menuju ke medan makan. Suka diingatkan, kita semua masih lagi muda. Oleh itu, marilah kita menuju ke medan seafood kerana saya pasti tiada lagi yang berpenyakit Gout kecuali encik AS yang seringkali dijangkiti penyakit-penyakit rare. Jika di Balok, enak sekali kiranya jika dapat berikan bakar di Tanjung Lumpur. Bagi area PD, maaflah saya kurang arif area itu tapi saya yakin dan pasti ada kedai seafood yang enak berhampiran hotel. Sekiranya di Bukit Tinggi, mungkin kita akan makan megi mangkuk sahaja kerana omputeh travel selalu lagu tu. 

Seterusnya, sesi lewat tengah malam akan disusuli dengan mengeteh di area hotel ataupun bermain gin rummy di sebuah bilik kosong yang disewa khas. Adapun ingin diingatkan, judi itu adalah haram di sisi Islam. Maka, teh pudina akan dibawa bersama sebagai ganjaran kepada pengalah. 

Sebangunnya kita pagi esok, setelah selesai menunaikan solat Subuh, kita akan menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh pihak hotel tanpa mengira berapa kupon yang dia bagi. Kita bubuh semacam. Kaum bapa akan terus menghirup kopi di tepi swimming pool sambil membaca akhbar dan kaum ibu pula akan bersoksek-soksek sesama mereka. Mungkin membincangkan tentang produk Tupperware terkini atau rekaan terbaru tudung Hajaba. Bagi mereka yang membawa anak-anak, bolehlah dilepaskan anak-anak itu ke dalam swimming pool kerana kaum bapa yang mungkin akan pergi, tak ramai yang boleh berenang. Kali terakhir saya dengar encik EF berenang, beliau hanya mampu bergerak 5cm ke hadapan. 

Tepat jam 11.15 pagi, kita semua akan bergegas pulang ke bilik untuk mengemas barang-barang dan seterusnya menikmati proses checking out. Setelah menyerahkan kunci dan membuat pembayaran, kita akan menuju ke kedai makan tengahari yang champion mengikut kawasan masing-masing. Kita akan menikmati makan tengahari bersama-sama dengan lahapnya. Disamping itu juga, yang mana ada DSLRDLM itu bolehlah menunjuk-nunjukkan kemahiran mencari setting di tengahari rembang dengan mengambil gambar semua hadirin secara jelas dan berpixel tinggi.

Setelah kaum ibu selesai berpelukan dan melagakan pipi, tibalah masa untuk kita mengucapkan selamat tinggal, terima kasih dan juga bermaki-makian. Dijangka tepat jam 2.45 petang, kita akan menderumkan enjin kereta untuk menuju ke destinasi masing-masing. Keletihan? Mujurlah kita pulang hari Ahad dan masih ada Isnin untuk berehat. Setibanya di rumah, kita akan update status masing-masing melalui FB ataupun WA. Kalau WA ni, mungkin encik AA dan encik OR tak dapat nak turut serta kerana HP mereka agak kuno pada ketika entri ini dikarang. 

Demikianlah sudah entri yang berunsurkan epik dan sosialasi masyarakat serumpun ini. Mudah-mudahan kita dapat mendalami lagi erti penubuhan sebuah negara itu dengan percutian bertaraf 3 bintang setengah ini. 

Ok, aku cadang tiga tempat sebab kita akan ikut suara majoriti. Kalau di Balok, De Rhu Beach Resort. Kalau di PD, Tiara Beach Resort. Kalau di Bukit Tinggi, Selesa Hill Resort. Kalau di halang, kita guna The Last Resort. 

Cadangan peserta adalah seperti berikut:

1) Encik FB dan keluarga
2) Encik EF dan Puan FZ
3) Encik PS dan keluarga
4) Encik AA dan Puan DA
5) Encik AS dan SLS
6) Encik AII dan Cik SD
7) Encik SK dan keluarga
8) Encik OR dan .....
9) Encik YY dan .....
10) Lain-lain Encik yang difikirkan perlu mengikut kesesuaian keadaan semasa. 

Sebarang bantahan bolehlah disimpan sahaja di dalam hati. Sekian, terima kasih dari saya...

Encik FB
AJK Lawatan dan Rekreasi
The Vurits

7 comments:

aizen sasuke said...

Aku sgt tergamam dgn penulisan ko ni smpi xtau nk ckp apa. Bulan 9 tu!!! So setakat ni aku ok je.. Good things! Tempat tu i let u guys decide la...

Wadi AR said...

kemainnn. negeri 9 dah boring. pegi tempat lain

Anonymous said...

encil ALL tu sapa? nama mcm jenama kasut..

fifa said...

Aku ok je....kalau pgi pulau pun cara jugak....mula kumpul duit dr skarang....amacam ada bran?

lamke said...

macam biasa,terus setuju..:)
apply cuti siap2 la..

siam bakar said...

pulau susah sket weii.. makan mahal as fuck. pastu aku anak kecik. terbaik gak nak bawak naik bot. itu jam pun pett punya anak lagi kecik. silap2 art pun ada anak kecik. tah-tah, tuan afif pun ada anak kecik.

Pett Suhaimi said...

Betui cakap FB. Anak2 kita masih kecik dan tak tau berenang lagi. Mungkin Tariq sama Anarqi saja yang boleh berenang kuak kupu2..oleh itu, kita pilih mana yg best. Duit boleh menabung sekarang. Kpd pengantin baru, anda juga dah bole menabung benih di kebun masing2.