Monday, December 5, 2011

DC, kenduri kahwin dan menyambut kelahiran

1. Dashboard Confessional

Chris Carabba yang sungguh emo ini akan perform di KL Live pada 22.02.12, jam 8 malam. Setakat ini, apip, art, epul dan aku telah mengonfirmkan kehadiran. Oh ya, DeanForAnything juga begitu. Pett? Takpa, hang kena standby kat umah time-time genting macam tu.

2. Kenduri Kahwin Ekmal Fusyairy

Saya dah standby baju melayu warna turqoise untuk menjadi pengapit. Anda bagaimana? Saya harap abang EF kita menikah stail besa-besa saja. Menikah apip ada wedding planner, pakai kasut jungkit depan dan ada tarian gelek-gelek.

3. Menyambut kelahiran

Insya Allah dalam masa tak sampai seminggu lagi, saya akan menyambut kelahiran anak kedua saya. Nama cadangan sudah ada, tapi stail selebriti punya pasai, takmau announce lagi. Tunggu anak itu lahir dulu. Seperti biasa, sperma saya menghasilkan benih lelaki lagi.



Secara kronologinya, entri ini terbalik. Bacalah dari 3 ke 2 dan ke 1. Dalam kesibukan huru-hara bolasepak, ultras, perhimpunan agung UMNO, kilang Lynas dan yang sewaktu dengannya, saya memang takmau amik peduli buat masa ini. Biarlah anak saya lahir dengan tenang tanpa perlu tahu Malaysia tengah huru-hara dengan karenah rakyat Malaysia sendiri. Mungkin anak saya tak perlu tahu tentang kewujudan Mohd Noorzaidi Khalib.

1 comment:

Pett Suhaimi said...

1. Celaka. Aku nk join jugak sbb due date bini aku 13.03.11. Mungkin En Siam bole bagi pendapat saat2 genting begitu.

2. Kenduri EF aku rasa besa2 saja. Lgpun dia bukan artis ataupun rakyat Bosnia mcm Apip.

3. Semoga selamat semuanya. Anak nk masuk 2 dah. Gua punya anak baru satu. Art mngkin dia dpt thn depan kalau dia gelojoh. Apip pn sama. Kalau duk rilex2 xbuat apa,anak lambat dpt la.