Wednesday, February 24, 2010

Entri sulong

Saat bertukar minit, minit bertukar jam...detik2 itu aku perhati tepat, pegun tak berganjak. Resah, susah, payah, semua aku rasakan..Bak kata orang lama, "masa suka sesaat, masa kerja sampai kiamat".
Mengadap muka bos hindu bermata juling ku berjam2 lamanya. Kerap juga aku bertanya, adakah dia sedang bercakap dengan aku, aku dengan orang-orang di bangunan sebelah. Komposisi bebola matanya sering mengelirukan aku. Tapi aku terus fokus dengan kata-kata yang keluar dari bibirnya untuk mengelakkan dimaki hamun jika gagal mengikut arahan kelak. Acap kali, jasadnya telus..aku tidak lagi fokus padanya..fikiran ku bermain-main. Memikirkan halwa rasa yang ingin ku penuhi pada penghujung hari nanti. "Yu are you still here?"tegur team leader hindu bermata juling ku. Lamunan ku terhenti..terus aku kembali kepetak pertama dan kedunia realiti ku. "Yes..yes..you dont see me going anywhere dont you?" aku cuba berseloroh..komposisi mata sumbang tadi bagaikan kembali betul apabila ku lihat matanya merenung sedikit loya dengan gurauan substitution aku tadi..
Aku terus menanti..hingga penghujung hari..pasir "hour glass" ku yang melemaskan aku teleh mulai memenuhi ke bahagian bawah megikut hukum graviti..... semakin membebaskan nafas ku. DONGGGGG!!aturan jarum jam yang paling aku suka sekali telah menzahirkan dirinya. Dengan siulan aku melangkah turun dari lantai 19 ke bawah. Udara aku rasakan lebih mudah untuk dihirup, matahari bersinar gembira, burung-burung berkicau merdu, bunyi hon mobil-mobil yang memenuhi setiap pelusuk kota kudengari bagaikan nyanyian merdu A.R Rahman. Satu sahaja tujuan ku, misi ku, objektif ku..pulang ke teratak hasil titik peluh ibu bapaku. org putih kata "In other words, going back to my comfort zone". Setibanya di destinasi.....

Apa yang ku nanti? Apa yang aku idamkan sebenarnya? Dari pagi hingga ke petang?

Untuk berjumpa kekasih hati ku yang bersaiz 17"..kulitnya putih melepak, kaki-kakinya gagah menyusuri tanah merah. Dia tidak pernah marah, merajuk, berperangai macam pukimak dan meloyakan.Apa sahaja mahu ku, diturutkan saja. kemana sahaja, bila-bila masa sahaja.  Menemani nya ke kebun bunga di petang hari adalah satu anugerah kepada ku kini. Aku HEPI..
(hahaha..padan muka korang baca panjang-panjang!!

MAMAT NI ADALAH RUJUKKAN AKU:

Friday, February 19, 2010

Antaranya


baju kaler hijau tu berasal dari bangladesh tapi dah lama menetap kat Malaysia,KLCC naik sedikit sebanyak dari hasil kudrat tulang 4 kerat dia..:p

Thursday, February 18, 2010

Kawan Kawan Tak Mahu Lawan

A Cirlce of Friends dalam bahasa omputih. Kita terjemahkan kepada bahasa melayu yang lebih kurang maksud dia iaitu Sebuah Bulatan Kawan-kawan. Aku main rembat saja tu. Jangan percaya sangat makna yang aku transelit tu. Apa yang penting pemahaman individu itu sendiri terhadap sesuatu perkara yang dia lihat. Aku faham maksud lain, lu orang mungkin ada maksud lain. Tapi isinya tetap sama. Tentang kawan-kawan.

Kawan-kawan yang bersama susah senang adalah sahabat. Kawan-kawan ini tidak menikam kawan-kawan lain dari belakang atau depan depan. Bulatan itu boleh jadi besar dan kecik. Tapi kita masih dalam bulatan tersebut walaupun bulatan itu hanya sebesar zarah. Ia masih bulat yang belum putus. Kita masih boleh bernafas walaupun sempit.

Kawan-kawan datang dari segala macam planet. Perangai masing-masing tak sama. Tapi tetap berkawan sebab ada benda yang sama tentang kawan-kawan. SERASI. Tiada kompromi. Kita bersyukur kerana kita ada kawan-kawan. Walau pun dari mana dia datang. Kita tak pernah kisah. Kita tetap kawan-kawan.

Kawan aku dari Thailand. Tapi warganegara Vietnam. Fasih berbahasa utara.

Kawan aku dari Bosnia. Boleh bercakap bahasa melayu.

Kawan-kawan jugak tak terasa kalau kita bergurau senda macam ni.Kan?

Kasi Tawan!!

Hutan Kemensah!!..kau akan ditawan empat sekawan dengan berbasikal..
Sungguh tinggi cita-cita mereka berempat.Yu,Art,Arm & Pett yang tidak pernah dikenali namun sgt bersemangat dalam misi terbaru menawan seluruh hutan Kemensah.

Tapi baru kayuh 2km dah singgah rumah kakak Siam makan nasik.

Pilot Entry.




Ekmal - basikal

Yu - basikal

Pett - bakal basikal

Siam - kayuh gak.. benda lain la tapinya..