Friday, January 6, 2012

Tudia..Tudia

                                                               Baju belang tu power

Saturday, December 31, 2011

Family Getaway

Aku sedang plan satu family getaway yang ala kadar gitu. Benda ni lambat lagi. Tapi kena standby siap-siap. Takut hangpa lupa nak menabung dan book cuti. 

Sebagaimana yang kita tau, 16 September akan disambut mesra oleh rakyat Malaysia di segenap pelusuk negara. Oleh itu, pada tarikh berkenaan ditahun ini (ya kawan-kawan, ini sudah Januari), suka kiranya kita mengadakan satu family getaway di lokasi-lokasi cadangan seperti berikut:

1) Balok, Kuantan
2) Port Dickson, N9
3) Bukit Tinggi, Bentong

Plan aku mudah saja. Kita akan check in pada hari Sabtu tengahari atau petang selewat-lewatnya. Petang itu semua family and friends akan lepak main bowling (kalau di Balok dan Bukit Tinggi) atau bermain ATV atau buggy car (Port Dickson). Selesai solat maghrib, kita akan berangkat menuju ke medan makan. Suka diingatkan, kita semua masih lagi muda. Oleh itu, marilah kita menuju ke medan seafood kerana saya pasti tiada lagi yang berpenyakit Gout kecuali encik AS yang seringkali dijangkiti penyakit-penyakit rare. Jika di Balok, enak sekali kiranya jika dapat berikan bakar di Tanjung Lumpur. Bagi area PD, maaflah saya kurang arif area itu tapi saya yakin dan pasti ada kedai seafood yang enak berhampiran hotel. Sekiranya di Bukit Tinggi, mungkin kita akan makan megi mangkuk sahaja kerana omputeh travel selalu lagu tu. 

Seterusnya, sesi lewat tengah malam akan disusuli dengan mengeteh di area hotel ataupun bermain gin rummy di sebuah bilik kosong yang disewa khas. Adapun ingin diingatkan, judi itu adalah haram di sisi Islam. Maka, teh pudina akan dibawa bersama sebagai ganjaran kepada pengalah. 

Sebangunnya kita pagi esok, setelah selesai menunaikan solat Subuh, kita akan menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh pihak hotel tanpa mengira berapa kupon yang dia bagi. Kita bubuh semacam. Kaum bapa akan terus menghirup kopi di tepi swimming pool sambil membaca akhbar dan kaum ibu pula akan bersoksek-soksek sesama mereka. Mungkin membincangkan tentang produk Tupperware terkini atau rekaan terbaru tudung Hajaba. Bagi mereka yang membawa anak-anak, bolehlah dilepaskan anak-anak itu ke dalam swimming pool kerana kaum bapa yang mungkin akan pergi, tak ramai yang boleh berenang. Kali terakhir saya dengar encik EF berenang, beliau hanya mampu bergerak 5cm ke hadapan. 

Tepat jam 11.15 pagi, kita semua akan bergegas pulang ke bilik untuk mengemas barang-barang dan seterusnya menikmati proses checking out. Setelah menyerahkan kunci dan membuat pembayaran, kita akan menuju ke kedai makan tengahari yang champion mengikut kawasan masing-masing. Kita akan menikmati makan tengahari bersama-sama dengan lahapnya. Disamping itu juga, yang mana ada DSLRDLM itu bolehlah menunjuk-nunjukkan kemahiran mencari setting di tengahari rembang dengan mengambil gambar semua hadirin secara jelas dan berpixel tinggi.

Setelah kaum ibu selesai berpelukan dan melagakan pipi, tibalah masa untuk kita mengucapkan selamat tinggal, terima kasih dan juga bermaki-makian. Dijangka tepat jam 2.45 petang, kita akan menderumkan enjin kereta untuk menuju ke destinasi masing-masing. Keletihan? Mujurlah kita pulang hari Ahad dan masih ada Isnin untuk berehat. Setibanya di rumah, kita akan update status masing-masing melalui FB ataupun WA. Kalau WA ni, mungkin encik AA dan encik OR tak dapat nak turut serta kerana HP mereka agak kuno pada ketika entri ini dikarang. 

Demikianlah sudah entri yang berunsurkan epik dan sosialasi masyarakat serumpun ini. Mudah-mudahan kita dapat mendalami lagi erti penubuhan sebuah negara itu dengan percutian bertaraf 3 bintang setengah ini. 

Ok, aku cadang tiga tempat sebab kita akan ikut suara majoriti. Kalau di Balok, De Rhu Beach Resort. Kalau di PD, Tiara Beach Resort. Kalau di Bukit Tinggi, Selesa Hill Resort. Kalau di halang, kita guna The Last Resort. 

Cadangan peserta adalah seperti berikut:

1) Encik FB dan keluarga
2) Encik EF dan Puan FZ
3) Encik PS dan keluarga
4) Encik AA dan Puan DA
5) Encik AS dan SLS
6) Encik AII dan Cik SD
7) Encik SK dan keluarga
8) Encik OR dan .....
9) Encik YY dan .....
10) Lain-lain Encik yang difikirkan perlu mengikut kesesuaian keadaan semasa. 

Sebarang bantahan bolehlah disimpan sahaja di dalam hati. Sekian, terima kasih dari saya...

Encik FB
AJK Lawatan dan Rekreasi
The Vurits

Monday, December 12, 2011

Darah Daging

"Adik beradik mana berkira sangat"

Sepotong ayat dari seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain.

Dalam erti kata lain, walaupun hangpa hanya sahabat tanpa ada ikatan darah daging sebagai saudara atau adik beradik antara kita, mak lain bapak lain, langsung takdak sangkut paut, langsung takdak BIN yang sama, hangpa tetap darah daging aku. Itu tidak tercatat dalam fitrah manusia. Tapi tersemat teguh dalam hati dan jiwa.




Ini baru gengster!

Monday, December 5, 2011

DC, kenduri kahwin dan menyambut kelahiran

1. Dashboard Confessional

Chris Carabba yang sungguh emo ini akan perform di KL Live pada 22.02.12, jam 8 malam. Setakat ini, apip, art, epul dan aku telah mengonfirmkan kehadiran. Oh ya, DeanForAnything juga begitu. Pett? Takpa, hang kena standby kat umah time-time genting macam tu.

2. Kenduri Kahwin Ekmal Fusyairy

Saya dah standby baju melayu warna turqoise untuk menjadi pengapit. Anda bagaimana? Saya harap abang EF kita menikah stail besa-besa saja. Menikah apip ada wedding planner, pakai kasut jungkit depan dan ada tarian gelek-gelek.

3. Menyambut kelahiran

Insya Allah dalam masa tak sampai seminggu lagi, saya akan menyambut kelahiran anak kedua saya. Nama cadangan sudah ada, tapi stail selebriti punya pasai, takmau announce lagi. Tunggu anak itu lahir dulu. Seperti biasa, sperma saya menghasilkan benih lelaki lagi.



Secara kronologinya, entri ini terbalik. Bacalah dari 3 ke 2 dan ke 1. Dalam kesibukan huru-hara bolasepak, ultras, perhimpunan agung UMNO, kilang Lynas dan yang sewaktu dengannya, saya memang takmau amik peduli buat masa ini. Biarlah anak saya lahir dengan tenang tanpa perlu tahu Malaysia tengah huru-hara dengan karenah rakyat Malaysia sendiri. Mungkin anak saya tak perlu tahu tentang kewujudan Mohd Noorzaidi Khalib.

Tuesday, October 18, 2011

The end of something marks the beginning of another..


"We had our own ideas, answers and insights
A million things that we'd never thought before
About the bands and books, the theories and the films
So much to say all before last orders got called
It made perfect sense, liquid pretense"

annalise - hit the bottle

Sejak-sejak rumah aku ada streamyx, aku berpeluang nak cari balik koleksi lagu-lagu lama yang aku penah dengaq dulu. Zaman dulu-dulu takdak la teknologi secanggih la ni. Kalau dapat kaset yang depa dub daripada cd pun dah kira grandizer dah. Jadi, dalam keasyikan dok download lagu skinhead, lagu punk.. aku teringat kat lagu Hit The Bottle dendangan annalise. Ini band pada aku underrated. Tak ramai yang dengaq annalise dan kalau ada pun, mungkin tak melekat kat jiwa depa. Aku pun bukan la tepu sangat tentang annalise ni. Aku cuma remaja yang pada masa dan ketika itu, mencuba segala kemungkinan yang ada. Dan setipikal aku sepertimana yang hangpa tau, aku cenderung kepada penghayatan lirik. Aku percaya pemuzik yang ikhlas akan sedaya-upaya menyampaikan mesej dalam lirik berbanding dengan showing off hang punya kemahiran bermain instrument. Itu salah satu sebab aku tak layan sangat metal. Skill gitar untuk metal ni memang tahap dewa-dewi bintang tiga punya level. Tapi lirik depa? Tak seindah lagu. Hampaih.

Ok ok. Aku ni kerapkali terbawak-bawak dengan philosophy yang aku rasa aku tak berpegang sangat dah pun. Maaf di situ. Sebenaqnya, aku tersentuh di jiwa sikit bila mendengaq playback lagu hit the bottle ni. Sangat kontekstual dengan kehidupan aku dan beberapa rakan-rakan yang aku kira blood brothers la. Ini jenis punya kawan takdak juai kat uptown. Kalau letak kat ebay pun aku rasa aku tak sanggup nak bid kurang daripada USD 245k. Nilai depa lebih daripada tu. Depa ni aku baru-baru ja jadi close. Dulu mungkin haluan berbeza, terpisah dengan geografi. Tapi la ni, aku rasa depa ni sepatutnya jadi definisi true friends dalam Oxford Advanced Learners Dictionary.

"....About the bands and books, the theories and the films...." Aku banyak berkongsi persamaan dengan blood brothers tentang perkara-perkara ini. Setiap masa dan malam melepak, mesti ada topik yang aku kira takdak sapa pun dalam perikatan persaudaraan ni menghadapi masalah untuk turut serta. Dari topik-topik klise macam bola, gosip artis dan politik, sampailah topik kerohanian, ilmu kebatinan dan ketaksuban dalam sukan jenis perjudian.. Semua boleh blend in. Aku tak rasa pun ada di antara kami yang terpaksa atau buat-buat untuk jadi sebahagian daripada band of brothers ni. It comes naturally bak kata Selena Gomes. Serius taik aku rindu akan zaman-zaman kegembiraan itu. Macam lagu Ella pulak.. Zaman indah, kanak-kanak. 15 tahun mendatang pun aku rasa depa ni masih relevan untuk jadi true friends aku.

Aku mintak maaf awai-awai la sebab otak aku sebenaqnya, selepas dibuat kajian, bertindak lebih pantas daripada jari-jemari aku. Sebab tu aku punya penulisan agak fail. Aku ada idea yang banyak untuk dijana / telah dijana tapi tangan aku tak sepantas tu untuk menyusun isi-isi bernas dalam benak kalbu aku. Penulisan aku lebih bercorak direct tanpa kata sifat dan metafora. Isi ke isi pun macam takdak kesinambungan. Aku realize benda ni lama dulu dah. Tapi aku rasa aku dah jadi buluh lemang yang nak lentoq pun buat bidas atas dahi ja.

Dalam ketika menaip ni pun, lagu annalise ni dok berulang-ulang dalam winamp aku. "...Our every thoughts on an ugly world. Our fantasy, about a beautiful girl..." Part ni dalam lagu tu sedikit sebanyak menyentap dan meruntun jiwa kecik aku yang sememangnya mudah tersentuh. Kita memang banyak memikirkan hal-hal dunia yang huduh dek manusia tapi kita juga ada fantasi. Fantasi inilah yang sebenarnya menjadi titik tolak perubahan dalam hidup kita. Kita bukan gay dan kita memenuhi norma seorang lelaki yang ingin berpasangan dengan seorang wanita. Perlahan-lahan hubungan kita dicemburui oleh isteri-isteri kita. Seorang demi seorang dari kita mula meletakkan batu sempadan antara hubungan biasa dan hubungan kelamin. Dimana yang kita tau tuntutan hubungan kelamin jauh lebih power daripada hubungan yang berkisar disekitar kedai mamak dan pusat jamming. Aku adalah insan yang terawal dalam perikatan yang mengundurkan diri dari hidup yang bebas, sosial dan epik. Tatkala segalanya adalah mungkin bagi kita.. (pernah mungkin), aku menjadikan kemungkinan itu satu kemustahilan. Aku percaya, seorang demi seorang selepas ini akan merasai apa yang aku rasa. Kekosongan dalam persahabatan itu mana mungkin dapat diganti dengan kejelitaan seorang isteri. Isteri tetap isteri, menjalankan tugas sebagai isteri tetapi sahabat itu lebih kick daripada itu. isteri = ganja, member = heroin.

Jadi, dalam pengakhiran segala hubungan di antara kita, pendefisitan dalam kadar kemesraan pergaulan, aku pasti itu semuanya membawa kepada satu permulaan. Hangpa akan belajaq macamana nak jadi seorang suami yang besaq gila kot tanggungjawabnya. Belajaq jadi seorang bapa kepada anak hasil dari benih yang berjaya disenyawakan dalam tiub fallopio (dalam toilet dulu takdak tiub fallopio). Belajaq untuk hormat kepada anak aku yang jauh lebih senior daripada anak-anak hangpa. Semuanya satu permulaan bagi hangpa. Aku mungkin kalau dalam kategori bertinju, dah berada dalam lingkungan middleweight. Jadi hangpa jangan segan-segan nak bertanya kat aku. Aku sedia maki hamun hangpa.

Sekali lagi, secara seriusnya, i'm gonna miss you guys. in my whole wasted life, i never made friends with people like us. Damn, i'm using gay terms to define this chemistry. Fuck it, the point is that whatever comes between us, we still had that good memories tucked somewhere in our brain cells. Keep that good shit with care and trust me guys, i'm gonna see u guys in our family gathering, sometime in 2014 maybe. By that time, my son is gonna be the taikotai of all children we breed. So, behold and cherish the moments we had spent all these years. Those extraordinary qualities we had, never fade away that easy.

Fuck you and I love you guys. And i'm not gay when I said I mean it.








Friday, September 23, 2011