Monday, November 22, 2010

Arwah Nawi,Siam & Badul

Kepada rakan-rakan taulan,walaupun impian tak kesampaian,anggaplah ianya tetap kejayaan bagi kita.
Aku tujukan lagu ni untuk arwah,tanda ingatan telus disampaing lagu yang menggamit perkenalan kita.


Wednesday, November 17, 2010

A Band That Never Was.


"If I ever be a composer, I will mainly write about my past" Hence, came the name Rear View Mirror.




*******************************************




  1. Sebuah perakam linguaphone, di sebuah bilik asrama, di sebuah kolej. Dua buah gitar kapok, 3 orang gila. Tuning tak reti. Ingredient sebuah band? Kaji balik.
  2. Setahun berlalu. Line up di rombak. Drummer di Alor Setar. Bassist di Skudai. Lead guitar di Bangi. 2nd guitar di Kuala Terengganu. Gila? Memang gila.
  3. Jamming? Tak pernah line-up penuh. Mesti ada sessionist. They never made it. They never made it big, and never make it into the scene. And the track? Two.



Elissa Steamer - berkisar tentang kecintaan pada awek yang total stranger.

"The leaves are falling down, my words are getting dumb..."

I'm loving you tonight - memahami perasaan kekasih yang kompleks.

"Step back from hesitance, ignore the distance.. oh how I'm missing you.."



But the almighty took him away. Took him away. Away from them. For good. 2004.


al-fatihah kepada arwah khairul naim aka nawi


Though the years has passed by, the band along with your spirit, lives on forever, sick dude!


Monday, November 8, 2010

Order of the Trapezoid

2426, Jalan Cheneras,
Kampung Tempoyang
27200 Kuala Lipis


Salam abang-abang yang dok jauh di KL sana.

Berita terkini yang saya dapat, Alkaline Trio dikhabarkan merupakan salah seorang pembayar yuran Freemason. Tapi, bila dah selidik-selidik balik, ternyata berita itu palsu. Ini kerana Matt Skiba dan Derek Grant bukanlah satu geng dengan Winston Churchill dan Nicolas Cage tapi sebaliknya di bawah perlindungan satu lagi organisasi yang agak dahsyat rukunnya iaitu Order of the Trapezoid atau nama glamer mereka - Church of Satan.

Adinda di sini gagal mengenalpasti pulak hubungkait trapezium dengan satan tapi yang pasti, depa ni mesti takdak Belia 4B kat California. Sebab tu yang join pertubuhan bukan-bukan. Tiapa lah, OOTT/COS ni mesti tak up sangat sebab baru hari ni dengaq.

Adapun berbalik kepada pertubuhan klise - Freemason itu, Saddam Hussein tu depa kata mason 33rd degree. Pasai apa mati gak? Kalau ikut degree Freemason, 33rd degree tu paling kaw la. Dan takdak kena mengena dengan 98 degree sebab depa tu bawah kongsi lain. Macam-macam la orang zaman la ni.


Mungkin dia lupa nak bayaq yuran bulanan persatuan kot?


Lain-lain berita, Tareeq Haidar (bukan Tareeq Aziz ya?) sedang menikmati proses kenaikan berat badan. Tarikh tidak rasmi, 30/11 - 3/12 nanti kami akan berkampung di Ampang kerana mama Tareeq kena berkursus di sana.

Dan adinda perhatikan, kakan-kakanda dah jarang mengupdate status Facebook. Bila kakanda bilang adinda ni childish sebab masih lagi update status, suka adinda nak habaq yang adinda ada akaun Facebook awai lagi kot dari kakanda suma? Ini menunjukkan adinda setia pada yang satu. Haha. Hakikatnya, adinda windu gilerr dOwh kat kakanda sumerrr.

Sampai ketemu lagi.


P/S : Kalau benar Malaysia ini dibina oleh Freemason, selamatkanlah hambamu, Ya Allah!


Adindamu,

Siam bin Bakar. (tiada abunya kerana terbakar habis)