Tuesday, December 28, 2010

Kehidupan Akhir Zaman

Selamat menjelang tahun baru rakan-rakan!

Orang ada blog, gatai gak nak buat blog. Tapi bab-bab update, haram malaih! Tak happening lah we all! Walaupun ngeblog ni takdak la dapat duit pun, ianya juga tak kena bayaq duit untuk ngeblog. Sekoq-sekoq bz sebenaqnya.

Memandangkan ini dah hujung taun, biasanya orang akan bercakap tentang azam taun baru, summary untuk taun semasa, nak celebrate new year kat mana. Cliche! Tambah-tambah kat fesbuk. Sungguh berbulu biji mata membacanya. Tapi dalam berbulu-bulu tu pun, aku tau hangpa pun sama saja. Mesti paling tidak pun ada azam taun baru atau erti kata lain, teruskan berazam azam yang sama sampai ke tua.

Azam taun baru pun cliche macam besa la. Berenti merokok (sebab duit takdak). Kuruskan badan ( baju tak muat). Jadi lebih rajin (rajin untuk meneruskan azam yang sama). Bla bla bla. Sapa la yang jadi pioneer dalam arena keazaman ni. Aku harap bukan Azam Dungun la. Ini azam memang tau tak bleh pakai punya. Paling lama dapat bertahan aku rasa 2-3 bulan. Itu pun kalau hang kategori yang cekal. Besanya, 2-3 minggu pun dah dikira pencapaian yang remarkable. Cukup la pasai azam ni. Meluat nak bercerita. Buat sakit hati sajua.

New year taun ni, abang-abang KL dengaq kata nak pi celebrate kat Desaru. Ok, selagi hangpa takdak family ni, pi lah dulu. Aku la ni nak pi Jusco pun tak lepaih. Aktiviti mengeteh pun dah dicutdown macam peruntukan tahunan. Paling terbaik, pagi 1 Januari 2011 aku ada meeting awal tahun kat sekolah. Terbaik? Ya, tak baik merungut tentang tuntutan tugas kerja. Jadi, kat mana rasional untuk nak pikiaq nak celebrate kat mana? Tak dapat tengok bunga api, aku tengok bunga orkid kat muka pintu rumah pun jadilah. Hangpa pi lah Desaru tu. Pesan aku, jangan tinggal solat. Masing-masing nak jadi laki orang dah.

Time aku menaip ni, Tareeq ngan Wanie dok tdoq dalam bilik. Ini moment yang rare bagi aku sebab aku rasa la ni peruntukan masa untuk aku dalam seharian amat terhad. Jadi, aku memang tak dapat nak luangkan masa sebaiknya untuk sebarang komitmen di luar arena kekeluargaan.

Ok la, disebabkan aku nak berak, aku berenti menulis sampai setakat ni. Mampuih pi kalau entri ni macam haram pun sebab tuntutan qada hajat tu lagi penting dari mengadap internet.

Tuesday, December 14, 2010

Semangat Kena Ada

Esok malam pasukan bolasepak Malaysia akan menentang Vietnam dalam separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki.Kepada semua pemain,main elok-elok,biaq kita leading banyak-banyak,jangan dok ingat artis kat rumah sangat.Ingat,peminat bolasepak tanah air sanggup mai dari jauh semata-mata nak menyokong pasukan negara.

Semangat melawan kena ada,jangan nak belawan tumbuk ja.Dalam padang jangan jadi star,anggap kita ni insan kerdil di mata bolasepak dunia sudah.Kalau anggap kita ni gergasi Asia satgi hangpa suma lupa daratan.Biaq berpadan la nak menganggap sapa kita ni.


Ok,cukup takat ni.Aku nak pi main futsal pulak.

Untuk Kekanda Siam Yang Jauh Di Lipis

Wednesday, December 8, 2010

Harimau Malaya

Malaysia 1 - Indonesia 5
Malaysia 5 - Laos        1


Keputusan macam ni jarang-jarang berlaku dalam mana-mana kejohanan bola sepak.













Power punya team nih..