Wednesday, February 24, 2010

Entri sulong

Saat bertukar minit, minit bertukar jam...detik2 itu aku perhati tepat, pegun tak berganjak. Resah, susah, payah, semua aku rasakan..Bak kata orang lama, "masa suka sesaat, masa kerja sampai kiamat".
Mengadap muka bos hindu bermata juling ku berjam2 lamanya. Kerap juga aku bertanya, adakah dia sedang bercakap dengan aku, aku dengan orang-orang di bangunan sebelah. Komposisi bebola matanya sering mengelirukan aku. Tapi aku terus fokus dengan kata-kata yang keluar dari bibirnya untuk mengelakkan dimaki hamun jika gagal mengikut arahan kelak. Acap kali, jasadnya telus..aku tidak lagi fokus padanya..fikiran ku bermain-main. Memikirkan halwa rasa yang ingin ku penuhi pada penghujung hari nanti. "Yu are you still here?"tegur team leader hindu bermata juling ku. Lamunan ku terhenti..terus aku kembali kepetak pertama dan kedunia realiti ku. "Yes..yes..you dont see me going anywhere dont you?" aku cuba berseloroh..komposisi mata sumbang tadi bagaikan kembali betul apabila ku lihat matanya merenung sedikit loya dengan gurauan substitution aku tadi..
Aku terus menanti..hingga penghujung hari..pasir "hour glass" ku yang melemaskan aku teleh mulai memenuhi ke bahagian bawah megikut hukum graviti..... semakin membebaskan nafas ku. DONGGGGG!!aturan jarum jam yang paling aku suka sekali telah menzahirkan dirinya. Dengan siulan aku melangkah turun dari lantai 19 ke bawah. Udara aku rasakan lebih mudah untuk dihirup, matahari bersinar gembira, burung-burung berkicau merdu, bunyi hon mobil-mobil yang memenuhi setiap pelusuk kota kudengari bagaikan nyanyian merdu A.R Rahman. Satu sahaja tujuan ku, misi ku, objektif ku..pulang ke teratak hasil titik peluh ibu bapaku. org putih kata "In other words, going back to my comfort zone". Setibanya di destinasi.....

Apa yang ku nanti? Apa yang aku idamkan sebenarnya? Dari pagi hingga ke petang?

Untuk berjumpa kekasih hati ku yang bersaiz 17"..kulitnya putih melepak, kaki-kakinya gagah menyusuri tanah merah. Dia tidak pernah marah, merajuk, berperangai macam pukimak dan meloyakan.Apa sahaja mahu ku, diturutkan saja. kemana sahaja, bila-bila masa sahaja.  Menemani nya ke kebun bunga di petang hari adalah satu anugerah kepada ku kini. Aku HEPI..
(hahaha..padan muka korang baca panjang-panjang!!

MAMAT NI ADALAH RUJUKKAN AKU:

2 comments:

Pett Suhaimi said...

Haramm pjg sampai takdak perenggan.ada unsur jiwa2 romantik jgk hang ni.hahaha.

Anonymous said...

penulisan td dibawakan oleh encik yu menggunakan id & pw aku..hehe