Monday, November 8, 2010

Order of the Trapezoid

2426, Jalan Cheneras,
Kampung Tempoyang
27200 Kuala Lipis


Salam abang-abang yang dok jauh di KL sana.

Berita terkini yang saya dapat, Alkaline Trio dikhabarkan merupakan salah seorang pembayar yuran Freemason. Tapi, bila dah selidik-selidik balik, ternyata berita itu palsu. Ini kerana Matt Skiba dan Derek Grant bukanlah satu geng dengan Winston Churchill dan Nicolas Cage tapi sebaliknya di bawah perlindungan satu lagi organisasi yang agak dahsyat rukunnya iaitu Order of the Trapezoid atau nama glamer mereka - Church of Satan.

Adinda di sini gagal mengenalpasti pulak hubungkait trapezium dengan satan tapi yang pasti, depa ni mesti takdak Belia 4B kat California. Sebab tu yang join pertubuhan bukan-bukan. Tiapa lah, OOTT/COS ni mesti tak up sangat sebab baru hari ni dengaq.

Adapun berbalik kepada pertubuhan klise - Freemason itu, Saddam Hussein tu depa kata mason 33rd degree. Pasai apa mati gak? Kalau ikut degree Freemason, 33rd degree tu paling kaw la. Dan takdak kena mengena dengan 98 degree sebab depa tu bawah kongsi lain. Macam-macam la orang zaman la ni.


Mungkin dia lupa nak bayaq yuran bulanan persatuan kot?


Lain-lain berita, Tareeq Haidar (bukan Tareeq Aziz ya?) sedang menikmati proses kenaikan berat badan. Tarikh tidak rasmi, 30/11 - 3/12 nanti kami akan berkampung di Ampang kerana mama Tareeq kena berkursus di sana.

Dan adinda perhatikan, kakan-kakanda dah jarang mengupdate status Facebook. Bila kakanda bilang adinda ni childish sebab masih lagi update status, suka adinda nak habaq yang adinda ada akaun Facebook awai lagi kot dari kakanda suma? Ini menunjukkan adinda setia pada yang satu. Haha. Hakikatnya, adinda windu gilerr dOwh kat kakanda sumerrr.

Sampai ketemu lagi.


P/S : Kalau benar Malaysia ini dibina oleh Freemason, selamatkanlah hambamu, Ya Allah!


Adindamu,

Siam bin Bakar. (tiada abunya kerana terbakar habis)

1 comment:

Anonymous said...

hang gila vavi apa..bukan takmau berupdate,tenet takdak..hehehe..