Thursday, September 30, 2010

Membaca Itu Berat

Pagi-pagi macam ni aku ada masa sikit. Sebab time-time ni semua orang dalam sekolah tengah bersiap-siap untuk itu dan ini. Jadi aku pun ada terfikir tentang apa yang terbuku dalam benak aku selama bertahun-tahun lamanya. Sebagai seorang cikgu yang bertanggungjawab, ada baiknya aku kongsi dengan hangpa.

Dari kecik sampai la besaq panjang, kita disogok dengan kemuliaan budaya membaca. Kat sekolah aku, budak dipaksa baca buku. Dipaksa pinjam buku. Memang warga cikgu mengharapkan murid-murid dapat menjiwai trend membaca ni. Tapi, membaca ni satu jenis seni. Seni yang berat bagi aku. Ini semua gara-gara Mr. SK Ibrahim. Dia bagi aku pinjam satu novel ni. Novel tu ubah persepsi aku terhadap pembacaan dan menyebabkan aku rasa membaca ini suatu seni yang dalam.

Membaca ini diverse trendnya. Macam muzik, membaca pun ada banyak genre. Membaca majalah Mangga dapat menambahkan ilmu tentang lurah buah dada dan bicara yang kononnya romantis. Kalau baca komponen sastera pulak, kita belajar bercakap belit-belit. Bagi aku, sasterawan ni tak jujur orangnya. Hang ada benda nak share, hang putaq sana, hang putaq sini. Metafora yang melampau pun boleh buat orang jadi gila. Trend paling evergreen adalah membaca akhbar. Sapa-sapa pun baca paper baik yang mainstream hinggalah ke underground.

Dalam era serba daif ini, muncul pulak trend membaca blog. Hingga fenomena blogging jadi up bila ada term blogwalking, blook dan macam-macam term yang rare. Pembacaan blog ni sebenarnya baguih sebab kita dapat knowledge yang variety. Setakat semalam, entry paling menarik aku pernah baca dalam blog adalah cara-cara melancap. Ini tak termasuk lagi penulisan-penulisan radikal, politik, dan juga blog ekspresi seorang bohsia. Genre blogging ini lagi luas dari pembacaan buku. Kalau baca blog macam peluru-peluru dari langit, ada ok la bagi aku. Ini blog agak universal dengan ada excerpt dari pemikiran ethic hardcore dan juga Noam Chomsky. Kalau nak pembacaan sedikit punkrock, boleh try ricecooker atau nizang. Tapi setakat hari ini, aku tak jumpa lagi blog berkiblatkan zapin atau dondang sayang. Sapa ada info tolong share la sikit.

Itu tak kira dengan seni Freemasonry, Illuminati dan juga lain-lain kultus macam kultus pengemis, kultus teratai, kultus Pheonix. Kalau Goethe, Socrates dan Democritus ada blog, pasti lagi sakit hati nak baca.

Pendek kata, membaca ni boleh buat seseorang isim. Pembawaan dalam trend membaca ni kena betul. Paling selamat ialah baca sms awek dan baca result 4D. Ini pembacaan paling true dan selamat. Peluang untuk terpesong bidaah tu secara relatifnya amatlah rendah.

Hingga ke pagi ini, blog paling selamat aku layari adalah Rambut X Kembang. Ringan dan toyyiba. Tambah-tambah lagi penulis blog tu pun nak menikah tak lama lagi.

1 comment:

Anonymous said...

amboiiiii labellll..