Aku tujukan lagu ni untuk arwah,tanda ingatan telus disampaing lagu yang menggamit perkenalan kita.
Monday, November 22, 2010
Arwah Nawi,Siam & Badul
Kepada rakan-rakan taulan,walaupun impian tak kesampaian,anggaplah ianya tetap kejayaan bagi kita.
Wednesday, November 17, 2010
A Band That Never Was.
"If I ever be a composer, I will mainly write about my past" Hence, came the name Rear View Mirror.
*******************************************
- Sebuah perakam linguaphone, di sebuah bilik asrama, di sebuah kolej. Dua buah gitar kapok, 3 orang gila. Tuning tak reti. Ingredient sebuah band? Kaji balik.
- Setahun berlalu. Line up di rombak. Drummer di Alor Setar. Bassist di Skudai. Lead guitar di Bangi. 2nd guitar di Kuala Terengganu. Gila? Memang gila.
- Jamming? Tak pernah line-up penuh. Mesti ada sessionist. They never made it. They never made it big, and never make it into the scene. And the track? Two.
Elissa Steamer - berkisar tentang kecintaan pada awek yang total stranger.
"The leaves are falling down, my words are getting dumb..."
I'm loving you tonight - memahami perasaan kekasih yang kompleks.
"Step back from hesitance, ignore the distance.. oh how I'm missing you.."
But the almighty took him away. Took him away. Away from them. For good. 2004.

al-fatihah kepada arwah khairul naim aka nawi
Though the years has passed by, the band along with your spirit, lives on forever, sick dude!
Monday, November 8, 2010
Order of the Trapezoid
2426, Jalan Cheneras,
Kampung Tempoyang
27200 Kuala Lipis
Salam abang-abang yang dok jauh di KL sana.
Berita terkini yang saya dapat, Alkaline Trio dikhabarkan merupakan salah seorang pembayar yuran Freemason. Tapi, bila dah selidik-selidik balik, ternyata berita itu palsu. Ini kerana Matt Skiba dan Derek Grant bukanlah satu geng dengan Winston Churchill dan Nicolas Cage tapi sebaliknya di bawah perlindungan satu lagi organisasi yang agak dahsyat rukunnya iaitu Order of the Trapezoid atau nama glamer mereka - Church of Satan.
Adinda di sini gagal mengenalpasti pulak hubungkait trapezium dengan satan tapi yang pasti, depa ni mesti takdak Belia 4B kat California. Sebab tu yang join pertubuhan bukan-bukan. Tiapa lah, OOTT/COS ni mesti tak up sangat sebab baru hari ni dengaq.
Adapun berbalik kepada pertubuhan klise - Freemason itu, Saddam Hussein tu depa kata mason 33rd degree. Pasai apa mati gak? Kalau ikut degree Freemason, 33rd degree tu paling kaw la. Dan takdak kena mengena dengan 98 degree sebab depa tu bawah kongsi lain. Macam-macam la orang zaman la ni.

Mungkin dia lupa nak bayaq yuran bulanan persatuan kot?
Lain-lain berita, Tareeq Haidar (bukan Tareeq Aziz ya?) sedang menikmati proses kenaikan berat badan. Tarikh tidak rasmi, 30/11 - 3/12 nanti kami akan berkampung di Ampang kerana mama Tareeq kena berkursus di sana.
Dan adinda perhatikan, kakan-kakanda dah jarang mengupdate status Facebook. Bila kakanda bilang adinda ni childish sebab masih lagi update status, suka adinda nak habaq yang adinda ada akaun Facebook awai lagi kot dari kakanda suma? Ini menunjukkan adinda setia pada yang satu. Haha. Hakikatnya, adinda windu gilerr dOwh kat kakanda sumerrr.
Sampai ketemu lagi.
P/S : Kalau benar Malaysia ini dibina oleh Freemason, selamatkanlah hambamu, Ya Allah!
Adindamu,
Siam bin Bakar. (tiada abunya kerana terbakar habis)
Wednesday, October 13, 2010
Thursday, September 30, 2010
Membaca Itu Berat
Pagi-pagi macam ni aku ada masa sikit. Sebab time-time ni semua orang dalam sekolah tengah bersiap-siap untuk itu dan ini. Jadi aku pun ada terfikir tentang apa yang terbuku dalam benak aku selama bertahun-tahun lamanya. Sebagai seorang cikgu yang bertanggungjawab, ada baiknya aku kongsi dengan hangpa.
Dari kecik sampai la besaq panjang, kita disogok dengan kemuliaan budaya membaca. Kat sekolah aku, budak dipaksa baca buku. Dipaksa pinjam buku. Memang warga cikgu mengharapkan murid-murid dapat menjiwai trend membaca ni. Tapi, membaca ni satu jenis seni. Seni yang berat bagi aku. Ini semua gara-gara Mr. SK Ibrahim. Dia bagi aku pinjam satu novel ni. Novel tu ubah persepsi aku terhadap pembacaan dan menyebabkan aku rasa membaca ini suatu seni yang dalam.
Membaca ini diverse trendnya. Macam muzik, membaca pun ada banyak genre. Membaca majalah Mangga dapat menambahkan ilmu tentang lurah buah dada dan bicara yang kononnya romantis. Kalau baca komponen sastera pulak, kita belajar bercakap belit-belit. Bagi aku, sasterawan ni tak jujur orangnya. Hang ada benda nak share, hang putaq sana, hang putaq sini. Metafora yang melampau pun boleh buat orang jadi gila. Trend paling evergreen adalah membaca akhbar. Sapa-sapa pun baca paper baik yang mainstream hinggalah ke underground.
Dalam era serba daif ini, muncul pulak trend membaca blog. Hingga fenomena blogging jadi up bila ada term blogwalking, blook dan macam-macam term yang rare. Pembacaan blog ni sebenarnya baguih sebab kita dapat knowledge yang variety. Setakat semalam, entry paling menarik aku pernah baca dalam blog adalah cara-cara melancap. Ini tak termasuk lagi penulisan-penulisan radikal, politik, dan juga blog ekspresi seorang bohsia. Genre blogging ini lagi luas dari pembacaan buku. Kalau baca blog macam peluru-peluru dari langit, ada ok la bagi aku. Ini blog agak universal dengan ada excerpt dari pemikiran ethic hardcore dan juga Noam Chomsky. Kalau nak pembacaan sedikit punkrock, boleh try ricecooker atau nizang. Tapi setakat hari ini, aku tak jumpa lagi blog berkiblatkan zapin atau dondang sayang. Sapa ada info tolong share la sikit.
Itu tak kira dengan seni Freemasonry, Illuminati dan juga lain-lain kultus macam kultus pengemis, kultus teratai, kultus Pheonix. Kalau Goethe, Socrates dan Democritus ada blog, pasti lagi sakit hati nak baca.
Pendek kata, membaca ni boleh buat seseorang isim. Pembawaan dalam trend membaca ni kena betul. Paling selamat ialah baca sms awek dan baca result 4D. Ini pembacaan paling true dan selamat. Peluang untuk terpesong bidaah tu secara relatifnya amatlah rendah.
Hingga ke pagi ini, blog paling selamat aku layari adalah Rambut X Kembang. Ringan dan toyyiba. Tambah-tambah lagi penulis blog tu pun nak menikah tak lama lagi.
Friday, September 17, 2010
Baru nak start Raya
Posa dah abih. Raya tak abih lagi. Kuih raya duk berlonggok lagi. Tapi ujung bulan nanti baru pi cari. Lemag ketupat dah abis kat kampung. Tapi nasik himpit boleh cari kat open house. Duit dah habis lepaih raya ni..tapi
..ada orang boleh beli blackberry. Dasyat gila. Betui-betui kaya.
..ada orang boleh beli blackberry. Dasyat gila. Betui-betui kaya.
Wednesday, September 8, 2010
Selamat Hari Raya
Salam Aidilfitri kepada semua.Harap diampunkan segala kesilapan sepanjang perkenalan kita semua.
Kepada yang memandu,hati-hati dijalanraya, ingatlah orang yang tersayang.
:)
Rindu lemang,serunding,ketupat,kuih muih n tak sabaq nak pakai baju raya!!!
:-macam budak-budak!
Subscribe to:
Posts (Atom)
